Monday, November 01, 2010

Home » » Negeri Utara Dilanda Banjir

Negeri Utara Dilanda Banjir

Hujan yang turun tidak henti sejak petang Sabtu, harini telah menampakkan kesannya..air sungai berada di paras bahaya, sawah padi telah tenggelam sepenuhnya tidak ubah seperti laut..sampai sekarang hujan still tidak berhenti dan beberapa kawasan rendah di area Kangar, Arau, Kodiang dan Jitra sudah dinaiki dan perhubungan melalui darat terputus apabila arus air yang laju menenggelami jalan-jalan utama di sepanjang Arau - Jitra.


Dekat jalan dihadapan office aku pun sudah ditenggelami air dan sebagai langkah berjaga menghadapi bencana banjir ini, kitorang telah mengangkat peralatan komputer, fail dan segala perabut di tempat tinggi..then, masa aku balik dalam pukul 5.30 jalan agak sesak, sungai memang mengalir sangat laju, gerun aku tengok dan di stesen-stesen minyak pun dah banyak kereta-kereta "beratur" kerana mungkin selepas ini bekalan akan terputus jika banjir besar seperti yang berlaku pada tahun 2005 dahulu berulang.

Harini aku langsung tak nampak sinaran matahari di bumi Perlis kerana telah dilindungi sepenuhnya awan kelabu..dekat rumah aku ni pun air sudah naik di halaman rumah, dan jika malam ini hujan masih turun memang air akan masuk dalam rumah sebagaimana yang pernah terjadi pada tahun 2005 dahulu..jika sebelum ini puting beliung ala tornado melanda Jejawi dan sekarang banjir pula seolah-olah ini amaran dari Yang Maha Esa..jadi, aku berdoa dan berharap hujan ini tidak berlarutan hingga ke hari esok..amin


1 comments:

Anonymous said...

I should digg your post so more people can look at it, really useful, I had a hard time finding the results searching on the web, thanks.

- Mark

http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget