Sunday, November 21, 2010

Google Instant Kini Di Malaysia

Google Inc. yang digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia dan berbillion penduduk dunia telah melancarkan Google Instant dua bulan lepas di Amerika Syarikat dan baru-baru ini mereka memperkenalkan Google Instant di Malaysia..dulu aku bukanlah pengguna tegar Google kerana lebih biasa gunakan Yahoo!..tapi selepas dibandingkan kedua-duanya, aku rasa Google lebih mesra pengguna kot, ditambah pula loading Google lebih pantas dari Yahoo! atau MSN (kalau guna broadband memang seksa beb).


Perbandingan Google dan Google Instant..so dah nampak mana lagi pantas?

Google Instant dapat membantu pengguna Google mencari maklumat dengan lebih cepat dan mudah serta turut melakukan pencarian dengan lebih interaktif..Google Instant digabungkan dengan tiga ciri penting iaitu keputusan dinamik, ramalan auto-lengkap dan fungsi "scroll to search"..antara negara yang sudah dilengkapi Google Instant ini ialah Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman, Italy, Sepanyol dan juga Russia.

Google Instant ni korang boleh dapati di laman web Google Malaysia : www.google.com.my dan fungsi-fungsi tersebut mungkin boleh digunakan dalam masa terdekat.

Saturday, November 13, 2010

Fenomena Ben Bradshaw

Assalamualaikum..dah dua atau tiga hari rasanya tidak menjenguk blog dan blogwalking ke blog rakan-rakan kerana sedikit sibuk..awal-awal bulan ni, banyak perkara lain perlu didahulukan..hehe..okey, entri kali ini mengenai Ben Bradshaw..kenal ker ? Ben Bradshaw ni sekarang agak popular di laman sosial Facebook dan juga Youtube..beliau antara "mat salleh" yang fasih berbahasa melayu dan dia gunakan kesempatan itu untuk saling berkongsi bahasa dan slang iaitu, antara English [USA] dan Bahasa Melayu.


Ben Bradshaw belajar Bahasa Melayu ketika dia berada di Malaysia Timur iaitu di Kuching, Kota Kinabalu dan Miri dan pernah tinggal di Ampang selama 9 bulan..beliau sekarang adalah pelajar University of Utah dalam bidang Mechanical Engineering dengan Minor dalam Linguistics..korang yang nak belajar slang Amerika ni boleh berkunjung ke Facebook Page beliau [link] atau di Youtube page [link]..tunggu apa lagi, cepat-cepat follow..click readmore untuk latest video!!

Monday, November 08, 2010

Queensha - Template Elegan Untuk Wanita


Tadi tengok-tengok template terbaru dari BTemplates dan kemudian terjumpa template ini, iaitu Queensha [rujuk gambar]..memang nampak cantik dan elegan betul template yang direka oleh CamelGraph dan diadaptasi dari Wordpress ke Blogspot oleh BloggerTheme, semestinya template ini eksklusif untuk ladies saja kan..kalau cik wife teringin nak blogging memang inila template yang akan dipilih..okey, dibawah disertakan sedikit info jika korang berminat nak pakai, tengok demo dulu then baru download.

Lihat Demo

Dah puas hati dengan Demo tu? Jom Download

Sebarang pertanyaan boleh usulkan di ruangan komen Btemplates kerana admin tu situ memang selalu aktif..klik sini untuk sebarang komen dan pertanyaan.

Sunday, November 07, 2010

Pokok Gharqad : Menjelang Peperangan Akhir Zaman

Berikut adalah info yang dipetik dari fb Permata Dunia dan sedikit olahan dari aku mengenai Pokok Gharqad dan kaitannya dengan perang akhir zaman..penanaman pokok ini sangat meluas di Israel sehingga melangkau ke wilayah Palestin dan dikatakan penanamannya bermula sejak 1910 lagi..kenapa Allah SWT jadikan Pokok Gharqad ini? pastinya ada hikmah yang tersendiri kan..so, harap korang lapangkan masa untuk melihat dan hayati setiap info di bawah :

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)"

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat.Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.

Friday, November 05, 2010

Dimana Nak Cari Kerja Kosong ?

Ada kerja kosong tak ? pertanyaan ni selalu hinggap di telinga aku, dari rakan-rakan hinggalah saudara mara..sebenarnya aku rasa peluang kerja di Malaysia sangat luas dan banyak..cuma apa ? cuma antara kita nak atau tidak..itu saja..kenyataannya, rakyat Malaysia terlalu sangat memilih soal kerja walhal hanya untuk sementara waktu seperti cuti semester atau sementara menunggu kerja tetap/gov..

Yes, ada ketika kita kena memilih pekerjaaan yang sesuai jika ia untuk suatu tempoh yang lama serta membabitkan soal masa depan..tetapi bagi yang menggangur goyang kaki di rumah makan dan tidur saja, alasan tiada kerja kosong langsung tak munasabah bagi aku.

Kerana apa ? kerana kerja kosong sentiasa ada di kedai-kedai makan, kedai buku, kilang, kedai kek, pasaraya, stesen minyak, dan banyak lagi..walaupun gaji sedikit tetapi ia memberi manfaat pengalaman yang tak ternilai..tapi yang susahnya orang kita ni kalau nak minta kerja mesti pandang gaji dulu ek..hehe..so kepada yang sedang menganggur sekarang, wake up wake up..carilah kerja, kerana kerja tidak pernah datang bergolek..ia perlukan usaha.boleh kot ?
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget