Sunday, November 07, 2010

Home » , » Pokok Gharqad : Menjelang Peperangan Akhir Zaman

Pokok Gharqad : Menjelang Peperangan Akhir Zaman

Berikut adalah info yang dipetik dari fb Permata Dunia dan sedikit olahan dari aku mengenai Pokok Gharqad dan kaitannya dengan perang akhir zaman..penanaman pokok ini sangat meluas di Israel sehingga melangkau ke wilayah Palestin dan dikatakan penanamannya bermula sejak 1910 lagi..kenapa Allah SWT jadikan Pokok Gharqad ini? pastinya ada hikmah yang tersendiri kan..so, harap korang lapangkan masa untuk melihat dan hayati setiap info di bawah :

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)"

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat.Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.


Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

Kerajaan Yahudi Israel sendiri melancarkan Jewish National Fund dan salah satunya ialah   dana kebangsaan Yahudi di seluruh dunia khas untuk penanaman pokok ini..maklumat dari JNF menyatakan mereka telah berjaya menanam lebih dari 200 juta pokok dan ini membuktikan betapa yahudi mengakui kebenaran islam dan kebenaran hadis di atas.



SIFAT POHON GHARQAD

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter.Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. 

Daunnya berbentuk seperti senduk kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya.Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah seukuran dengan biji buah himsh, kurang lebih seperti itu.

Manfaat perubatan : untuk mengubati penyakit tidak lawas kencing, dan buahnya bermanfaat untuk mengubati penyakit usus besar (anat), dan untuk mengubati penyakit kuning. Pohon ini selalu berdaun di sepanjang musim, bunganya berbentuk buqiyyah(seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah, lebih kecil daripada biji himsh (dalam bhs Inggris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. 

Biasanya haiwan seperti unta jika sakit akan mencari dan mendatangi pohon ini untuk dimakan.Pada musim tertentu, pohon ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad, menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya. Pohon ini hidup untuk waktu yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan ukuran kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. 

Disebut dengan al-Misha', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang). Dialah pohon Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana orang yahudi telah maklum dengan lebih awal tentang peperangan akhir zaman yang bakal berlaku seperti yang telah disebutkan didalam hadis.

p/s : wallahualam..hanya Dia yang maha mengetahui apa yang ada di bumi dan di langit.
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget