Tuesday, October 26, 2010

Home » , » Sayonara Paul The Octopus

Sayonara Paul The Octopus


Siapa yang tidak kenal Paul..beliau amat terkenal ketika FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan lepas, setelah berjaya meramal perlawanan membabitkan Jerman  hinggalah ke perlawanan akhir..cerita pasal dia ni sampai di kedai-kedai kopi malahan di pejabat pun..kaki-kaki judi lagila..dia tak ubah seperti seorang selebriti ketika itu..hehe..penangan seekor sotong kurita yang hanya bernasib baik dalam setiap ramalannya.


Ok, aku nak citer sedikit bab Paul dari mula dilahirkan sampai beliau mati di usia dua tahun..Paul dilahirkan di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke Overhausen, Jerman..dari mana datangnya nama Paul nih ? nama Paul ni dikatakan di ambil dari nama seeorang penulis buku kanak-kanak Jerman, Der Tintenfisch Paul Oktopus..Paul ni sotong yang lain dari yang lain kerana sudah menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi.


Menurut Pengurus Pusat Hidupan Laut Jerman ia memang sudah dijangka Paul akan mati sebelum bermulanya Euro 2012 kerana kebiasaannya sotong kurita tidak dapat hidup lebih dari tiga tahun..disebabkan itulah pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraan Paul sebagai peramal.

Dari 14 perlawanan yang diramal Paul, hanya dua sahaja yang tidak tepat..ramalan terakhir Paul ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 sebelum menghembuskan nafas terakhirnya hari ini ketika sedang tidur dan akan di"semadi"kan di tapak persemadian peribadinya..kematiannya pun aku dapat tahu dari Buletin Utama ketika keluar makan tadi..


some credit goes to : wikipedia

p/s : semua ramalannya tepat pada world cup lalu dengan izin Allah SWT..apapun kita hormati Paul kerana menjadi penghibur kita selama ini

2 comments:

Anis said...

sian paul
rip paul :'(

Syed Hakimi said...

RIP..kesian jer tgok raut wajah dia..hehe

http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget