Tuesday, September 28, 2010

Home » , » Didik Anak Ketika Makan

Didik Anak Ketika Makan

Entri hari ni akan menyentuh pasal didikan kepada anak-anak atau adik kita ketika makan..apa yang aku nampak hari ini anak-anak dan remaja sekarang mula bersifat "kurang ajar" dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua dari umur 10 ke 12 tahun lagi..




So no wonder la sekarang remaja terlibat dengan pelbagai gejala sosial..Opss!! aku tak nak sebut banyak-banya..hehe..okeh, ini antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak atau adik kita dan juga untuk kita pada waktu makan :




1. Tunggu orang yang paling tua

Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu.Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya.Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. 


Melalui amalan yang mudah ini, roh kita akan dikawal oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.

3. Ambil lauk yang terdekat dulu

Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih untuk mempunyai sifat sabar.Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain.Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain.Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah juga waktunya.

4. Kawal suapan

Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan makanan tadi,baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut.Untuk apa ? Untuk melatih supaya jangan tamak dan bersifat qanaah.mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.


Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.






p/s : melentur buluh biarlah dari rebungnya..sekarang dah jarang keluarga duduk makan bersama..masing sibuk dengan hal masing-masing..

3 comments:

gadiezztfrendly said...

nice entry beb...thanks for da info yer...kim salam kat kamben paling bawah tu...ensem semacam jek wakakakakak!

Syed Hakimi said...

Thx..kamben tu tak lama kena kekah la kalau wat muka camtu lagi..haha

Anonymous said...

dobry poczatek

http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget