Tuesday, October 26, 2010

Home » , , » TV Alhijrah - TV Islamik Pertama Di Malaysia

TV Alhijrah - TV Islamik Pertama Di Malaysia


Alhamdulillah tidak lama lagi akan bertambah siaran tv percuma di Malaysia iaitu Alhijrah sebuah saluran yang menampilkan elemen penuh islamik dan mungkin boleh digelarkan "Aljazeera Malaysia"..stesen ini dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation dan dibiayai oleh kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)..




TVAlhijrah ini akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 1 Disember 2010 ini..inilah yang perlu dibuat kerajaan lama dulu sebagai medium dakwah kepada bukan islam dan islam..aku juga berharap stesen ini janganlah jadi seperti RTM, jadilah professional seperti saluran TV di bawah MediaPrima..

Supaya apa ? supaya ia nampak menarik dan orang ramai pun tidak berasa bosan sepertimana RTM..hehe..stesen ini turut menyiarkan berita komprehensif, dokumentari luar dan dalam negara, filem animasi "pada zaman dahulu" dari Les Copaque, drama bersiri Alauddin yang menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu..



Pada permulaan,aku rasa sangat menarik kerana akan ditampilkan drama dari Indonesia, Iran, Turki dan Belanda..drama jepun pun ada rasanya..dengan slogan "segalanya bermula di sini" stesen tv ini yang berpusat dari Pusat Islam pastinya akan meninggalkan impak besar bergantung kepada pengurusan dan kecekapan Alhijrah Media Corporation..

Orang ramai di kawasan-kawasan yang disebutkan akan boleh menonton siaran percubaan bermula 1 November pada 3 petang hingga 12 tengah malam dipancarkan melalui saluran UHF..nak tunggu Astro lambat lagi der..haha..so good luck lah untuk TVAlhijrah dan aku nak cadangkan supaya dimasukkan juga ceramah-ceramah dari ustaz terkenal seperti Ustaz Kazim Elias pasti tambah menarik bukan ?


some credit goes to : Sinar Harian
nak jadi sebahagian staff TVAlhijrah ? rujuk sini : TVAlhijrah

p/s : aku kt utara nih lambat lagi lar nak tengok siaran TVAlhijrah..

3 comments:

Encik MamaT said...

wah.. menarik tu...

Afizz said...

oh.... patutlah diorang nak cari pengacara baru..dulu ada keluar iklan pasal tv Alhijrah ni.

Seraffin said...

@Encik MamaT
aku exited nak tengok hasilnya..hehe

@Afizz
a'ah..skang x pasti dorang masih buka or sudah tutup audition tuh..kena skodeng2 http://www.tvalhijrah.com/

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget