Monday, October 18, 2010

Home » , » Tip Beli Belah Secara Online

Tip Beli Belah Secara Online


Tip ni aku dapat dari dalam akhbar Berita Harian dan aku tambah sikit-sikit untuk pemahaman kita bersama..ok, tip-tip adalah seperti di bawah :



First PC korang mestilah dilindungi..sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian antivirus atau perisian keselamatan internet yang dikemas kini (update) untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus,backdoor dan lain-lain ancaman..antivirus Kaspersky yang paling ok setakat ni selain Avira.


Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli belah..disebabkan korang membeli belah dalam talian, tak bermakna korang boleh melupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum..satu lagi, jangan sesekali amalkan sikap terburu-buru.





Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang, kawan-kawan atau blogger yang pernah membeli barang daripada syarikat/web yang sama..ini bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat/web itu.


 Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai..sebelum korang membuat belian, pastikan pemilik laman web terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan keselamatan tertentu.

Cetak resit atau helaian pengesahan belian..sewajarnya korang akan menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian..sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan korang.


credit : 1klassifields Berita Harian

p/s : perlu sentiasa "alert" bila shopping secara online nih..silap langkah akan menyesal di kemudian hari.. 
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget