Friday, October 29, 2010

Home » , , » Perantaraan Manusia Dengan Jin

Perantaraan Manusia Dengan Jin

Assalamualaikum, salam di pagi Jumaat yang mulia ini..kebelakangan ini kita dikecohkan dengan beberapa siri kehilangan Siti Balqis, gadis dari Terengganu yang didakwa selalu dilarikan Jin ke tanah perkuburan, atas siling, dan juga pokok..sebelum ni seorang bomoh mendakwa telah berjaya menangkap 9 Jin di sekitar rumahnya..tapi ternyata ia tidak kekal lama, baru-baru ini dia dilarikan sekali lagi ketika seisi rumah berebut-rebut melihat bola yang jatuh dari siling..kehilangannya yang terakhir ini adalah yang paling lama dari yang sebelum ini dan apa yang mengejutkan, dia didakwa berada di Gunung Jerai,Gurun dibawa oleh Jin berbulu lebat.fullstop! hehe.

Gunung Jerai ? apa sebenarnya ada di sana ? Gunung Jerai sebenarnya tersimpan 1001 misteri..disanalah "otai" silat akan memperkasakan silat mereka, bomoh2 juga akan bertapa di sana untuk mendapatkan "tok-tok" baru iaitu Jin yang akan mendampingi mereka..aku tahu benda ni selepas pergi minta pertolongan dengan seorang member [ya allah..zaman jahil aku] dari seorang bomoh selepas handset Ngage QD aku dikebas di rumah sewa.


Bomoh ni pun budak kecil jer, dalam 9-10 tahun..jadi dia pun interview aku sikit2, pastu dia diam sambil mengurut tapak tangannya dan menutup mata..selepas 30 saat dia beritahu lar apa yang terjadi, waktu  tu aku tido dan seorang member nerd dalam rumah sewa tu dah rembat handset tu..member aku tu dia bagitahu ada masalah keluarga dengan kewangan..yang mengejutkan dia bagitahu pula jin-jin yang "menumpang" di atas siling rumah sewa aku ni semua baik-baik dan ramah belaka.

Kemudian dia cakap handset tu dah dijual dekat kenalan rapatnya dan mustahil jugak untuk mendapatkannya kembali..kisah ni waktu aku belajar dulu dalam 2005 - 2006 camtu..baru-baru ni dengar ceramah ustaz kazim  terasa jahil sangat aku dulu sampai pergi minta bantuan bomoh bagai..masyarakat kita sekarang pun masih lagi taksub mendapatkan bantuan bomoh..satu jer pesanan aku pada semua, kalau bomoh tu menggunakan perantaraan jin jangan pergi..carilah yang mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-quran..Jin mungkin ada muslihatnya yang tersendiri..wallahualam

p/s : ada orang kata sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia..tapi kalau jin islam ?
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget