Friday, October 15, 2010

Home » » Sukan Komanwel 2010 New Delhi - India Is The Best !!

Sukan Komanwel 2010 New Delhi - India Is The Best !!


Sebelum aku nak memulakan bicara pasal Sukan Komanwel New Delhi 2010 aku nak citer dulu bab Saina Nehwal..aku tertarik sikit pasal dia nih..melihat permainan dia kelmarin macam,, wow! macam gempak je dia ni kan..Mew Choo pun macam tak terbalas segala smash dari beliau ..selalu aku tak minat sangat kalau tengok pompuan main badminton , tapi kelmarin macam tertarik sgt nak tengok..hehe

Siapa dia Saina Nehwal..mungkin ada yang belum mengenali beliau..Saina Nehwal dilahirkan pada 17 March 1990 (muda lagi) dan beliau adalah pemain badminton professional India juga pemain wanita no 3 dunia yang telah mencatat kemenangan sekaligus merangkul pingat emas bagi negaranya dengan menundukkan permata negara, Wong Mew Choo ( R19 dunia ) dengan rubber game 19-21, 23-21, 21-13..kemenangan ini membantu negaranya meraih pingat yang ke 38 Sukan Komanwel 2010..

Okey...selepas majlis penutupan semalam inilah kutipan pingat bagi negara-negara bertanding..aku nak cari yang compact sikit tapi tak jumpa..layan je lah yang ni..haha( aku screenshot setakat tempat ke 13..heh )


Overall, Malaysia 12 pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa..ok la tu kan..semalam berlangsungnya majlis penutup yang gilang gemilang dan berwarna warni itu dirasmikan oleh Wakil Ratu Elizabeth dan Putera Edward dan yang turut hadir ialah Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Michael Fennel PM India, Manmohan Singh dan timbalan beliau, M Hamid Ansari..

semalam cara atlet berarak masuk ke padang secara campur tak mengikut negara sangat macam majlis pembukaan memang sesuatu yang enjoyla..awesome, India is the best ! 

p/s : pic x sempat upload bab aku urgent nak g somewhere..keke..nanti update lain...majulah sukan untuk malaysia
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget