Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Perantaraan Manusia Dengan Jin

Assalamualaikum, salam di pagi Jumaat yang mulia ini..kebelakangan ini kita dikecohkan dengan beberapa siri kehilangan Siti Balqis, gadis dari Terengganu yang didakwa selalu dilarikan Jin ke tanah perkuburan, atas siling, dan juga pokok..sebelum ni seorang bomoh mendakwa telah berjaya menangkap 9 Jin di sekitar rumahnya..tapi ternyata ia tidak kekal lama, baru-baru ini dia dilarikan sekali lagi ketika seisi rumah berebut-rebut melihat bola yang jatuh dari siling..kehilangannya yang terakhir ini adalah yang paling lama dari yang sebelum ini dan apa yang mengejutkan, dia didakwa berada di Gunung Jerai,Gurun dibawa oleh Jin berbulu lebat.fullstop! hehe.

Gunung Jerai ? apa sebenarnya ada di sana ? Gunung Jerai sebenarnya tersimpan 1001 misteri..disanalah "otai" silat akan memperkasakan silat mereka, bomoh2 juga akan bertapa di sana untuk mendapatkan "tok-tok" baru iaitu Jin yang akan mendampingi mereka..aku tahu benda ni selepas pergi minta pertolongan dengan seorang member [ya allah..zaman jahil aku] dari seorang bomoh selepas handset Ngage QD aku dikebas di rumah sewa.

Thursday, October 28, 2010

Gambar Keretakan Masjidil Aqsa

Wahai rakan-rakanku, lihatlah, lihatlah hasil ketidakpedulian kita..masjid yang suatu ketika dulu pernah menjadi kiblat pertama umat islam kini kian retak dan menunggu masa untuk runtuh..Allahuakbar..ketika pemimpin kita sibuk dengan penambahan kelab malam, kita sibuk dengan urusan duniawi, yahudi zionis dengan rakusnya meneruskan penggalian di bawah Masjidil Aqsa..Allahuakbar..

Apa jasa kita untuk Masjidil Aqsa ? apa jasa kita untuk Palestin ? apa jasa kita untuk Islam ? Ya ALLAH..selamatkanlah Masjidil Aqsa..seeorang budak Palestin pernah menghalau wartawan Malaysia..katanya lebih kurang begini "kalau datang setakat nak tengok keadaan, tangkap gambar baik tak payah..suruh pemimpin kamu datang membawa bala tentera membantu kami".






Video doa dari Sheikh Muhammad Al-Mohaisany beberapa tahun dahulu ketika mengimamkan solat tarawih di Mekah..beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas selesai doa ini..click readmore untuk melihat penggalian dan keretakan Masjidil Aqsa.

Friday, September 24, 2010

Iktibar - Seksaan Neraka Ketika Koma





Cerita ni diambil dr laman facebook syahirul.com untuk dijadikan pengajaran kita bersama..

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. 


Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.


 "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku."Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya.. kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.




http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget