Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Fenomena Ben Bradshaw

Assalamualaikum..dah dua atau tiga hari rasanya tidak menjenguk blog dan blogwalking ke blog rakan-rakan kerana sedikit sibuk..awal-awal bulan ni, banyak perkara lain perlu didahulukan..hehe..okey, entri kali ini mengenai Ben Bradshaw..kenal ker ? Ben Bradshaw ni sekarang agak popular di laman sosial Facebook dan juga Youtube..beliau antara "mat salleh" yang fasih berbahasa melayu dan dia gunakan kesempatan itu untuk saling berkongsi bahasa dan slang iaitu, antara English [USA] dan Bahasa Melayu.


Ben Bradshaw belajar Bahasa Melayu ketika dia berada di Malaysia Timur iaitu di Kuching, Kota Kinabalu dan Miri dan pernah tinggal di Ampang selama 9 bulan..beliau sekarang adalah pelajar University of Utah dalam bidang Mechanical Engineering dengan Minor dalam Linguistics..korang yang nak belajar slang Amerika ni boleh berkunjung ke Facebook Page beliau [link] atau di Youtube page [link]..tunggu apa lagi, cepat-cepat follow..click readmore untuk latest video!!

Wednesday, October 27, 2010

[HIT] Randy Pangalila - Lewat Semesta

Korang kenal siapa Randy Pangalila kan..dia yang cukup famous sekarang dengan siri sinetron Cinta Kirana..mungkin ramai yang tidak tahu dia ini juga sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan antara lagu yang aku cukup minati ialah Lewat Semesta..kepada yang belum mendengar jom dengarkan dan kepada yang belum mendengar apa salahnya dengarkannya sekali lagi kerana lagu ini bagi aku tidak pernah jemu telinga mendengarnya..click readmore untuk lirik okay..layann~



Tuesday, October 26, 2010

TV Alhijrah - TV Islamik Pertama Di Malaysia


Alhamdulillah tidak lama lagi akan bertambah siaran tv percuma di Malaysia iaitu Alhijrah sebuah saluran yang menampilkan elemen penuh islamik dan mungkin boleh digelarkan "Aljazeera Malaysia"..stesen ini dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation dan dibiayai oleh kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)..




TVAlhijrah ini akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 1 Disember 2010 ini..inilah yang perlu dibuat kerajaan lama dulu sebagai medium dakwah kepada bukan islam dan islam..aku juga berharap stesen ini janganlah jadi seperti RTM, jadilah professional seperti saluran TV di bawah MediaPrima..

Supaya apa ? supaya ia nampak menarik dan orang ramai pun tidak berasa bosan sepertimana RTM..hehe..stesen ini turut menyiarkan berita komprehensif, dokumentari luar dan dalam negara, filem animasi "pada zaman dahulu" dari Les Copaque, drama bersiri Alauddin yang menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu..


Monday, October 18, 2010

Jom Vote @ Shout! Awards


Apa itu Shout! Awards ? Shout! Awards adalah suatu anugerah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak dalam sektor muzik, filem, televisyen dan radio dalam negara kita.
  
Shout ! Awards yang mencapai kejayaan luar biasa tahun lepas menyebabkan 8tv sekali lagi menganjurkannya untuk memberi pengiktirafan baru kepada bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan tanah air..tahun lepas aku sempat tengok sekejap dan memang menarik la cara 8tv ni memperkenalkan Shout ! Awards..modern style!
  
Shout! Awards 2010 akang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November ini dan disiarkan secara langsung secara eklusif pada pukul 8.30 malam hanya di 8TV..berikut adalah senarai pencalonan (nominees) dan anda boleh mengundi di laman web rasmi shout! Awards mulai hari ini dan juga melalui sms.(click read more)

Sunday, October 17, 2010

Lagu Baru [ Loque ft Atilia - Kekanda Adinda ]






Lagu ni memang bes layan dengan cik wife..hahaha..first time dengar kat Melodi rasanya..kalau karok mau duet nih..lagu berjudul "Kekanda Adinda" OST 8 Bulan, nyanyian Loque (Butterfingers) dan Atilia..Lirik dan lagu oleh Loque sendiri..hebatt..layann lirik kat bawah sekali...

Thursday, October 14, 2010

Favourite Song - Pyramid [ Charice ft Iyaz ]

Lagu Charice yang satu nih memang aku minat sejak berbulan lepas..hari ni baru teringat nak publish kat sini dan share pada yang belum mendengar..jom layann..memang bes!!






Sambil tu ada lirik kat bawah dan sikit info pasal dia ni..click readmore..hehe

Tuesday, October 05, 2010

Akhirnya Maher Zain Ke Malaysia

Korang dah beli tiket ? sorila bai, tiket da abis..haha..superb kan penangan Maher Zain ni yang sememangnya lagu beliau mendapat tempat di sanubari rakyat Malaysia, aku pun tidak terlepas..lagu-lagu syahdu seperti Alhamdulillah, Insha Allah, For The Rest Of My Life antara yang paling banyak diputarkan..pasti ramai yang gembira kan bila dapat tahu Showcase Maher Zain yang akan diadakan pada :


Tarikh : 15 Oktober 2010
Masa : 8 malam hingga 11 malam 
Tempat : Auditorium MBSA Shah Alam


Memang sudah lama rakyat Malaysia menanti kehadiran beliau..desas desus mengenai kehadiran beliau ke Malaysia bertiup sejak bulan lepas lagi..dan ini adalah jadual beliau sepanjang berada di ibu negara dan sekitar Lembah Klang..


credit to : secret whisper




Thursday, September 30, 2010

Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma



Sila klik read more untuk melihat lirik...





Monday, September 27, 2010

Fenomena Teacher Shida

Teacher Shida nih aku pun tak kenal tapi ada tengok video dia miming lagu pakai buang stacy yang sekarang tengah pop kat facebook..sporting habis cikgu nih kan ?..hahaha..dan ini miming terbaru beliau lagu Wali Band -Yank.


Aku tengok dekat laman youtube beliau ada yang mengkritik dan tak kurang juga yang menyokong..mungkinkah pasni TV3 akan siarkan dekat Buletin Utama video2 miming dia nih ? hahaha..apapun layan je lah video kat bawah ni..



Sunday, September 26, 2010

http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget