Berikut adalah info yang dipetik dari fb Permata Dunia dan sedikit olahan dari aku mengenai Pokok Gharqad dan kaitannya dengan perang akhir zaman..penanaman pokok ini sangat meluas di Israel sehingga melangkau ke wilayah Palestin dan dikatakan penanamannya bermula sejak 1910 lagi..kenapa Allah SWT jadikan Pokok Gharqad ini? pastinya ada hikmah yang tersendiri kan..so, harap korang lapangkan masa untuk melihat dan hayati setiap info di bawah :
Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)"
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat.Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.





