Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Google Instant Kini Di Malaysia

Google Inc. yang digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia dan berbillion penduduk dunia telah melancarkan Google Instant dua bulan lepas di Amerika Syarikat dan baru-baru ini mereka memperkenalkan Google Instant di Malaysia..dulu aku bukanlah pengguna tegar Google kerana lebih biasa gunakan Yahoo!..tapi selepas dibandingkan kedua-duanya, aku rasa Google lebih mesra pengguna kot, ditambah pula loading Google lebih pantas dari Yahoo! atau MSN (kalau guna broadband memang seksa beb).


Perbandingan Google dan Google Instant..so dah nampak mana lagi pantas?

Google Instant dapat membantu pengguna Google mencari maklumat dengan lebih cepat dan mudah serta turut melakukan pencarian dengan lebih interaktif..Google Instant digabungkan dengan tiga ciri penting iaitu keputusan dinamik, ramalan auto-lengkap dan fungsi "scroll to search"..antara negara yang sudah dilengkapi Google Instant ini ialah Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman, Italy, Sepanyol dan juga Russia.

Google Instant ni korang boleh dapati di laman web Google Malaysia : www.google.com.my dan fungsi-fungsi tersebut mungkin boleh digunakan dalam masa terdekat.

Friday, November 05, 2010

Apabila Wartawan Lepas Geram

Ini adalah susulan kes Siti Balqis yang kononnya ghaib dibawa jin ke merata-rata tempat dan pembohongan terakhirnya ialah dibawa jin ke Gunung Jerai..kebanyakan rakyat Malaysia termasuk aku tertipu dengan "drama" ini sehinggakan ada yang sanggup beli paper hanya untuk mengikuti perkembangan "drama" dia..tidak kurang ada yang memberi sumbangan sukarela berbentuk wang dan tenaga..mesti dorang bengang habis kan, termasuklah wartawan yang selama ini tidak ketinggalan memuatkan "drama" tersebut dalam suratkhabar mereka..ada pula dakwaan mengatakan wang sumbangan telah dihabiskannya dia dengan bershopping sakan di Negeri Sembilan.sigh~

Dibawah adalah ulasan dari seorang wartawan Sinar Harian yang aku petik dari portal online Sinar Harian.

Monday, November 01, 2010

Negeri Utara Dilanda Banjir

Hujan yang turun tidak henti sejak petang Sabtu, harini telah menampakkan kesannya..air sungai berada di paras bahaya, sawah padi telah tenggelam sepenuhnya tidak ubah seperti laut..sampai sekarang hujan still tidak berhenti dan beberapa kawasan rendah di area Kangar, Arau, Kodiang dan Jitra sudah dinaiki dan perhubungan melalui darat terputus apabila arus air yang laju menenggelami jalan-jalan utama di sepanjang Arau - Jitra.


Dekat jalan dihadapan office aku pun sudah ditenggelami air dan sebagai langkah berjaga menghadapi bencana banjir ini, kitorang telah mengangkat peralatan komputer, fail dan segala perabut di tempat tinggi..then, masa aku balik dalam pukul 5.30 jalan agak sesak, sungai memang mengalir sangat laju, gerun aku tengok dan di stesen-stesen minyak pun dah banyak kereta-kereta "beratur" kerana mungkin selepas ini bekalan akan terputus jika banjir besar seperti yang berlaku pada tahun 2005 dahulu berulang.

Harini aku langsung tak nampak sinaran matahari di bumi Perlis kerana telah dilindungi sepenuhnya awan kelabu..dekat rumah aku ni pun air sudah naik di halaman rumah, dan jika malam ini hujan masih turun memang air akan masuk dalam rumah sebagaimana yang pernah terjadi pada tahun 2005 dahulu..jika sebelum ini puting beliung ala tornado melanda Jejawi dan sekarang banjir pula seolah-olah ini amaran dari Yang Maha Esa..jadi, aku berdoa dan berharap hujan ini tidak berlarutan hingga ke hari esok..amin


Saturday, October 30, 2010

Video Kejadian Ribut Di Perlis

Seluruh dunia sekarang ini berdepan dengan bencana alam, banjir di beberapa buah negara akibat pemanasan global , letusan Gunung Merapi, gempa bumi dan lain-lain..yang terbaru di area Jejawi, Perlis telah berlaku satu ribut cyclone tidak ubah seperti tornado..saksikan video di bawah dari mula terbentuknya ia hingga kesan ribut tersebut.




Tuesday, October 26, 2010

Sayonara Paul The Octopus


Siapa yang tidak kenal Paul..beliau amat terkenal ketika FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan lepas, setelah berjaya meramal perlawanan membabitkan Jerman  hinggalah ke perlawanan akhir..cerita pasal dia ni sampai di kedai-kedai kopi malahan di pejabat pun..kaki-kaki judi lagila..dia tak ubah seperti seorang selebriti ketika itu..hehe..penangan seekor sotong kurita yang hanya bernasib baik dalam setiap ramalannya.


Ok, aku nak citer sedikit bab Paul dari mula dilahirkan sampai beliau mati di usia dua tahun..Paul dilahirkan di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke Overhausen, Jerman..dari mana datangnya nama Paul nih ? nama Paul ni dikatakan di ambil dari nama seeorang penulis buku kanak-kanak Jerman, Der Tintenfisch Paul Oktopus..Paul ni sotong yang lain dari yang lain kerana sudah menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi.

TV Alhijrah - TV Islamik Pertama Di Malaysia


Alhamdulillah tidak lama lagi akan bertambah siaran tv percuma di Malaysia iaitu Alhijrah sebuah saluran yang menampilkan elemen penuh islamik dan mungkin boleh digelarkan "Aljazeera Malaysia"..stesen ini dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation dan dibiayai oleh kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)..




TVAlhijrah ini akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 1 Disember 2010 ini..inilah yang perlu dibuat kerajaan lama dulu sebagai medium dakwah kepada bukan islam dan islam..aku juga berharap stesen ini janganlah jadi seperti RTM, jadilah professional seperti saluran TV di bawah MediaPrima..

Supaya apa ? supaya ia nampak menarik dan orang ramai pun tidak berasa bosan sepertimana RTM..hehe..stesen ini turut menyiarkan berita komprehensif, dokumentari luar dan dalam negara, filem animasi "pada zaman dahulu" dari Les Copaque, drama bersiri Alauddin yang menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu..


Wednesday, October 20, 2010

Selamat Berjuang Kedah !


Rindu aku nak pergi stadium..agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Stadium Darulaman atas alasan kerja di Perlis dan sedikit cuak muak nak tengok bola Malaysia..Masih aku ingat kenangan dulu di polly time game kedah curi masa pergi tengok, gate tutup pukul 11.00, so memang balik tu pecut giler la..haha..satu lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan ialah masa Malaysia Champions Youth Cup 2007..masa tu pelapis Man u, Arsenal, Ajax, Ac Milan datang Malaysia dan aku tak melepaskan peluang tengok dorang main di Stadium Darulaman..antara pasukan yang beraksi adalah seperti gambar di bawah : 
(click readmore)



Monday, October 18, 2010

Utusan Umno Online ?


Utusan Umno Online (merujuk pada logo..bukan content) ? itu yang terpikir bila aku buka laman sesawang rasmi bagi Utusan Malaysia..Inikah kebebasan media di Malaysia..aduhai ! aku sememangnya tak nak blog aku ada benda melibatkan politik..tapi aku rasa terpanggil untuk menyuarakan perkara ini..kes budak UTP dengan Utusan pun belum reda lagi ke"panas"annya..timbul yang ini pulak..bagi korang yang berakal waras..fikir fikirkanla..media Malaysia tidak bebas!


p/s : aku neutral dan aku bosan dengan politik malaysia..sigh~

Saturday, October 16, 2010

Sultan Yang Setan - Hina Sultan Johor

Aku tak pasti la apa tujuan orang berfacebooking sekarang..ada yang seperti membuka pekung di dada, menceritakan segala kisah rumah tangga, cerita pasal beli itu beli ini...tak perlu la semua ni aku rasa..pasal bf bagi gift pun macam nak "rak" satu dunia..think la before korang share tuh..haha..tapi yang jenis satu lagi nih agak ke"bangsat"an la..sekarang dah jadi kes polis..gambar dia letak pun aku rasa bukan gambar dia yang sebenarnya..layan pic..

Saturday, September 25, 2010

Women's U-17 World Cup - High Skill Like Maradona




Video ini ketika perlawanan antara Jepun dengan Korea Utara dalam Women U-17 World Cup di Trinidad and Tobago..ketika perlawanan masih terikat 1-1 , Kumi Yokoyama ni muncul wira dengan membuat larian superb, kawalan bola yg baik dengan skill gelecekan yang mengagumkan..cara dorang passing pun macam main karom je..amazing kan ? wew...gol ini sekaligus membawa Jepun ke perlawanan akhir bertemu Korea Selatan.


p/s : agak-agak dia bela jin ker ? ..err off topic..

Tuesday, September 07, 2010

Indonesia - Apa Yang Korang Nak ?


Inilah yang bermain di kotak fikiran aku sekarang nih..Mereka menuduh Malaysia yang yang sekarang digelar Malingsia, Malon, Malayshit ini mencuri dan menciplak kebudayaan(tarian), bendera, lagu negaraku( terang bulan ) batik, Pulau Sipadan dan Lingitan serta lain-lain lagi.Tapi yang peliknya kenapa sekarang mereka ungkit balik isu-isu lama.Mereka turut melakukan demonstrasi untuk menghalau duta Malaysia ke negara itu serta turut membaling najis ke dalam bangunan kedutaan tersebut.Sigh~

http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget