Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Google Instant Kini Di Malaysia

Google Inc. yang digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia dan berbillion penduduk dunia telah melancarkan Google Instant dua bulan lepas di Amerika Syarikat dan baru-baru ini mereka memperkenalkan Google Instant di Malaysia..dulu aku bukanlah pengguna tegar Google kerana lebih biasa gunakan Yahoo!..tapi selepas dibandingkan kedua-duanya, aku rasa Google lebih mesra pengguna kot, ditambah pula loading Google lebih pantas dari Yahoo! atau MSN (kalau guna broadband memang seksa beb).


Perbandingan Google dan Google Instant..so dah nampak mana lagi pantas?

Google Instant dapat membantu pengguna Google mencari maklumat dengan lebih cepat dan mudah serta turut melakukan pencarian dengan lebih interaktif..Google Instant digabungkan dengan tiga ciri penting iaitu keputusan dinamik, ramalan auto-lengkap dan fungsi "scroll to search"..antara negara yang sudah dilengkapi Google Instant ini ialah Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman, Italy, Sepanyol dan juga Russia.

Google Instant ni korang boleh dapati di laman web Google Malaysia : www.google.com.my dan fungsi-fungsi tersebut mungkin boleh digunakan dalam masa terdekat.

Sunday, November 07, 2010

Pokok Gharqad : Menjelang Peperangan Akhir Zaman

Berikut adalah info yang dipetik dari fb Permata Dunia dan sedikit olahan dari aku mengenai Pokok Gharqad dan kaitannya dengan perang akhir zaman..penanaman pokok ini sangat meluas di Israel sehingga melangkau ke wilayah Palestin dan dikatakan penanamannya bermula sejak 1910 lagi..kenapa Allah SWT jadikan Pokok Gharqad ini? pastinya ada hikmah yang tersendiri kan..so, harap korang lapangkan masa untuk melihat dan hayati setiap info di bawah :

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)"

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat.Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.

Friday, November 05, 2010

Apabila Wartawan Lepas Geram

Ini adalah susulan kes Siti Balqis yang kononnya ghaib dibawa jin ke merata-rata tempat dan pembohongan terakhirnya ialah dibawa jin ke Gunung Jerai..kebanyakan rakyat Malaysia termasuk aku tertipu dengan "drama" ini sehinggakan ada yang sanggup beli paper hanya untuk mengikuti perkembangan "drama" dia..tidak kurang ada yang memberi sumbangan sukarela berbentuk wang dan tenaga..mesti dorang bengang habis kan, termasuklah wartawan yang selama ini tidak ketinggalan memuatkan "drama" tersebut dalam suratkhabar mereka..ada pula dakwaan mengatakan wang sumbangan telah dihabiskannya dia dengan bershopping sakan di Negeri Sembilan.sigh~

Dibawah adalah ulasan dari seorang wartawan Sinar Harian yang aku petik dari portal online Sinar Harian.

Saturday, October 30, 2010

Status via Facebook - Pelbagai Status Menarik Untuk Anda


Salam hujung minggu kepada semua rakan blogger n readers..ok, kelmarin aku dengan seorang rakan (bekas blogger)  buat satu blog khas untuk pelbagai status via "palsu" seperti Astro R Button [rujuk gambar]..ada banyak lagi kategori seperti Phone, Broadband, Gadget, Tablet dan lain-lain lagi yang akan menyusul selepas ini..


Menarik ? nak cuba ? jom lawati http://viafb.blogspot.com [ Status Via Facebook : We Serve, U Use..Fresh from farm,every month! ]..jangan risau template ringan dan loading sangat pantas..ada tutorial di situ jika korang tak tahu cara nak menggunakannya..prank rakan-rakan dengan status via yang gempak ni.

Friday, October 29, 2010

Perantaraan Manusia Dengan Jin

Assalamualaikum, salam di pagi Jumaat yang mulia ini..kebelakangan ini kita dikecohkan dengan beberapa siri kehilangan Siti Balqis, gadis dari Terengganu yang didakwa selalu dilarikan Jin ke tanah perkuburan, atas siling, dan juga pokok..sebelum ni seorang bomoh mendakwa telah berjaya menangkap 9 Jin di sekitar rumahnya..tapi ternyata ia tidak kekal lama, baru-baru ini dia dilarikan sekali lagi ketika seisi rumah berebut-rebut melihat bola yang jatuh dari siling..kehilangannya yang terakhir ini adalah yang paling lama dari yang sebelum ini dan apa yang mengejutkan, dia didakwa berada di Gunung Jerai,Gurun dibawa oleh Jin berbulu lebat.fullstop! hehe.

Gunung Jerai ? apa sebenarnya ada di sana ? Gunung Jerai sebenarnya tersimpan 1001 misteri..disanalah "otai" silat akan memperkasakan silat mereka, bomoh2 juga akan bertapa di sana untuk mendapatkan "tok-tok" baru iaitu Jin yang akan mendampingi mereka..aku tahu benda ni selepas pergi minta pertolongan dengan seorang member [ya allah..zaman jahil aku] dari seorang bomoh selepas handset Ngage QD aku dikebas di rumah sewa.

Thursday, October 28, 2010

Gambar Keretakan Masjidil Aqsa

Wahai rakan-rakanku, lihatlah, lihatlah hasil ketidakpedulian kita..masjid yang suatu ketika dulu pernah menjadi kiblat pertama umat islam kini kian retak dan menunggu masa untuk runtuh..Allahuakbar..ketika pemimpin kita sibuk dengan penambahan kelab malam, kita sibuk dengan urusan duniawi, yahudi zionis dengan rakusnya meneruskan penggalian di bawah Masjidil Aqsa..Allahuakbar..

Apa jasa kita untuk Masjidil Aqsa ? apa jasa kita untuk Palestin ? apa jasa kita untuk Islam ? Ya ALLAH..selamatkanlah Masjidil Aqsa..seeorang budak Palestin pernah menghalau wartawan Malaysia..katanya lebih kurang begini "kalau datang setakat nak tengok keadaan, tangkap gambar baik tak payah..suruh pemimpin kamu datang membawa bala tentera membantu kami".






Video doa dari Sheikh Muhammad Al-Mohaisany beberapa tahun dahulu ketika mengimamkan solat tarawih di Mekah..beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas selesai doa ini..click readmore untuk melihat penggalian dan keretakan Masjidil Aqsa.

Wednesday, October 27, 2010

Pilihan Tab Hidden Shoutbox

Asas aku buat macam ni adalah untuk memudahkan rakan blogger atau yang baru berjinak-jinak nak menjadi blogger memilih tab yang bersesuaian dengan template..dulu aku punyala susah nak mencari tab yang sesuai untuk template blog aku..so tadi aku kerjakan mata dan tangan serta seluruh anggota badan (cess..) kumpulkan semua tab-tab hidden shoutbox ni..itupun ada yang aku belum jumpa, jadi yang ini je lar yang aku mampu share dengan korang.




Pelbagai warna korang boleh pilih, float kiri dan kanan..tunggu apa lagi, rembatla..haha..kepada sesiapa yang ada buat tab shoutbox sendiri, especially animated, apa salahnya korang tinggalkan link tab tu di ruangan komen..sharing is caring right ? kalau yang belum tahu macam mana nak change tab lihat di bawah.

Tuesday, October 26, 2010

Sayonara Paul The Octopus


Siapa yang tidak kenal Paul..beliau amat terkenal ketika FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan lepas, setelah berjaya meramal perlawanan membabitkan Jerman  hinggalah ke perlawanan akhir..cerita pasal dia ni sampai di kedai-kedai kopi malahan di pejabat pun..kaki-kaki judi lagila..dia tak ubah seperti seorang selebriti ketika itu..hehe..penangan seekor sotong kurita yang hanya bernasib baik dalam setiap ramalannya.


Ok, aku nak citer sedikit bab Paul dari mula dilahirkan sampai beliau mati di usia dua tahun..Paul dilahirkan di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke Overhausen, Jerman..dari mana datangnya nama Paul nih ? nama Paul ni dikatakan di ambil dari nama seeorang penulis buku kanak-kanak Jerman, Der Tintenfisch Paul Oktopus..Paul ni sotong yang lain dari yang lain kerana sudah menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi.

TV Alhijrah - TV Islamik Pertama Di Malaysia


Alhamdulillah tidak lama lagi akan bertambah siaran tv percuma di Malaysia iaitu Alhijrah sebuah saluran yang menampilkan elemen penuh islamik dan mungkin boleh digelarkan "Aljazeera Malaysia"..stesen ini dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation dan dibiayai oleh kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)..




TVAlhijrah ini akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 1 Disember 2010 ini..inilah yang perlu dibuat kerajaan lama dulu sebagai medium dakwah kepada bukan islam dan islam..aku juga berharap stesen ini janganlah jadi seperti RTM, jadilah professional seperti saluran TV di bawah MediaPrima..

Supaya apa ? supaya ia nampak menarik dan orang ramai pun tidak berasa bosan sepertimana RTM..hehe..stesen ini turut menyiarkan berita komprehensif, dokumentari luar dan dalam negara, filem animasi "pada zaman dahulu" dari Les Copaque, drama bersiri Alauddin yang menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu..


Monday, October 18, 2010

Utusan Umno Online ?


Utusan Umno Online (merujuk pada logo..bukan content) ? itu yang terpikir bila aku buka laman sesawang rasmi bagi Utusan Malaysia..Inikah kebebasan media di Malaysia..aduhai ! aku sememangnya tak nak blog aku ada benda melibatkan politik..tapi aku rasa terpanggil untuk menyuarakan perkara ini..kes budak UTP dengan Utusan pun belum reda lagi ke"panas"annya..timbul yang ini pulak..bagi korang yang berakal waras..fikir fikirkanla..media Malaysia tidak bebas!


p/s : aku neutral dan aku bosan dengan politik malaysia..sigh~

Tip Beli Belah Secara Online


Tip ni aku dapat dari dalam akhbar Berita Harian dan aku tambah sikit-sikit untuk pemahaman kita bersama..ok, tip-tip adalah seperti di bawah :



First PC korang mestilah dilindungi..sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian antivirus atau perisian keselamatan internet yang dikemas kini (update) untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus,backdoor dan lain-lain ancaman..antivirus Kaspersky yang paling ok setakat ni selain Avira.


Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli belah..disebabkan korang membeli belah dalam talian, tak bermakna korang boleh melupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum..satu lagi, jangan sesekali amalkan sikap terburu-buru.



Saturday, October 16, 2010

Sultan Yang Setan - Hina Sultan Johor

Aku tak pasti la apa tujuan orang berfacebooking sekarang..ada yang seperti membuka pekung di dada, menceritakan segala kisah rumah tangga, cerita pasal beli itu beli ini...tak perlu la semua ni aku rasa..pasal bf bagi gift pun macam nak "rak" satu dunia..think la before korang share tuh..haha..tapi yang jenis satu lagi nih agak ke"bangsat"an la..sekarang dah jadi kes polis..gambar dia letak pun aku rasa bukan gambar dia yang sebenarnya..layan pic..

Friday, October 08, 2010

Laman Web Jusco Diserang Gabungan Hackers Indonesia

Salam 1 Malaysia..erks..tetiba patriotik pulak..hehehe..pagi tadi ada rakan facebook aku suruh buka laman web Jusco Malaysia dan bila aku buka ini lah yang terpampang di homepage dorang..haish~




Tak habis-habis lagi dorang ni kan..ntah apa-apa..agak lama jugak web ini di hack dan sekarang telah lumpuh sepenuhnya..di fav icon web itu terpampang bendera Indonesia[l]..


Dan kalau korang tengok gambar kat atas tu, Sabah dan Sarawak turut ditandakan dengan warna merah bendera Indonesia[l]..apakah teringin rakyat Sabah dan Sarawak nih berada di bawah Indonesia[l] ?? kenapa mereka menginginkan Sabah dan Sarawak ? kerana kekayaan bumi mereka ?...hahaha..dan sekarang laman web tersebut tidak lagi dapat diakses..admin tido ke hapa ??? x secure langsung..lg gambar..klik read more :)

Thursday, October 07, 2010

Pramugari Cebu Pacific Yang Terlampau




Cehh..bunyi macam gempak je kan...hahaha..ini kes pasal pramugari Cebu Pacific menari sambil menyampaikan arahan keselamatan kepada penumpang pesawat itu yang dikritik banyak pihak antaranya kesatuan pekerja bagi atendan penerbangan (stewardess)..


Gimik ini yang mula diperkenalkan pada 30 September 2010 mendapat perhatian di Youtube  di mana angka yang sudah melihat video ini menjangkau 891 ribu orang serta turut popular di laman sosial Facebook..perkara seperti ini semestinya mempunyai pro dan kontranya..sekarang pun Persatuan Pramugari Filipina berasa terganggu dengan tersebarnya klip video ni yang dibimbangi menjejaskan imej mereka..

Tuesday, October 05, 2010

Akhirnya Maher Zain Ke Malaysia

Korang dah beli tiket ? sorila bai, tiket da abis..haha..superb kan penangan Maher Zain ni yang sememangnya lagu beliau mendapat tempat di sanubari rakyat Malaysia, aku pun tidak terlepas..lagu-lagu syahdu seperti Alhamdulillah, Insha Allah, For The Rest Of My Life antara yang paling banyak diputarkan..pasti ramai yang gembira kan bila dapat tahu Showcase Maher Zain yang akan diadakan pada :


Tarikh : 15 Oktober 2010
Masa : 8 malam hingga 11 malam 
Tempat : Auditorium MBSA Shah Alam


Memang sudah lama rakyat Malaysia menanti kehadiran beliau..desas desus mengenai kehadiran beliau ke Malaysia bertiup sejak bulan lepas lagi..dan ini adalah jadual beliau sepanjang berada di ibu negara dan sekitar Lembah Klang..


credit to : secret whisper




Monday, October 04, 2010

Blogwalking - Anti Blogwalking Software

Sebagaimana yang korang tengok kat side bar aku tuh, aku menyokong sepenuhnya kempen "Saya Blogwalking Secara Jujur - Anti One Way Traffic" yang dimulakan oleh bro zalin kalau tak silap aku dan aku dapat tahu nih dr Alcatraz juga rakan blogger..Memang tidak adil la kan kalau guna software nih [ auto shout dekat shoutbox ].Seolah-olah dorang ni blogwalking ke blog kita lalu kita tertipu dan membalas kunjungan ke blog dorang..


Walau aku masih baru dalam berblogging,minta pada semua rakan-rakan tolonglah janganlah amalkan benda ni..so kalau korang jujur blogwalking tempek banner nih di blog korang (kalau) dan hebahkan kempen nih kepada semua..


p/s : walau malas manapun kita, blogwalking lah setakat yang mampu..ngee~


Thursday, September 30, 2010

Screenr - Sesi Beramah Mesra



Entry nih tak der apa pun..cuma nak tunjuk video yang aku snap td menggunakan Screenr..







Bestkan software nih..kalau nak buat tutorial pun senang..yang ni lebih interaktif kot..tak payahla susah-susah nak printscreen pic banyak2..ahaks..rakaman boleh menjangkau hingga ke lima minit..ok la tu kan.. XD


Tuesday, September 28, 2010

Didik Anak Ketika Makan

Entri hari ni akan menyentuh pasal didikan kepada anak-anak atau adik kita ketika makan..apa yang aku nampak hari ini anak-anak dan remaja sekarang mula bersifat "kurang ajar" dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua dari umur 10 ke 12 tahun lagi..




So no wonder la sekarang remaja terlibat dengan pelbagai gejala sosial..Opss!! aku tak nak sebut banyak-banya..hehe..okeh, ini antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak atau adik kita dan juga untuk kita pada waktu makan :


Sunday, September 26, 2010

Review - The Forbes Richest People In America

Tadi masa jenjalan kat Forbes ternampakla list terbaru The Forbes - 400 orang terkaya di America.Antara yang jadi tumpuan aku mestilah Billy Gates [microsoft] , Larry Page & Sergey Brin [google] Mark Zuckerberg [facebook] , Steve Jobs [apple]..yang lain tu aku x berapa kenal sangat..hehe..al maklumla tak berapa minat bab-bab ekonomi nih..






Thursday, September 23, 2010

ManggaAd Yang Prihatin

Baru-baru ini "industri blogging" digegarkan dengan serangan malware yang menyerang blog yang menggunakan ad dari Innity.Mangga Ad juga tidak terlepas dari insiden ini menyebabkan trafik bagi sesetengah blog turun mendadak akibat dari larangan Google dari melayari blog-blog tersebut.ngeee~..


Bagi blog picisan seperti aku ini tidaklah terasa sangat kan..trafik takde la sampai 1k pun..hahaha..ni email dari Mangga Ad yang mengesahkan masalah malware ini dan telah memperbaikinya.Syabas, harap benda ni tidak berulang lagi.




Terpesona jugak tgok ayat "humble" yang digunakan admin Mangga Ad nih..hehe


p/s : tp yg pelik ada blogger cakap tak bole earn Mangga Ad dr click..patutla, dah berapa orang aku paksa suruh click..tp x de pun..need explanation
http://Link-exchange.comxa.com Free Auto Backlinks Free Auto Backlinks Free Auto Backlink Generator Get a Free Backlink

Related Posts with Thumbnails

ShoutMix chat widget